Category Archives: PBS PMR

Maklumat Peribadi Jurulatih Utama Matapelajaran Sains Dan Muat Turun Instrumen PBS Sains Tingkatan 1 Wilayah Persekutuan

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia

Y. Bhg. Datin/ Tuan/ Puan,

Saya dengan segala hormatnya mempelawa Y. Bhg. Datin/ tuan/ puan berhubung perkara di atas.

Pelaksanaan Kursus Penataran DSP PBS Tingkatan 1 bagi Mata Pelajaran Sains Tahun 2012 kepada semua Jurulatih Utama Sekolah (JUS) Wilayah Persekutuan telah pun berjaya dilaksanakan di Auditorium Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Bukit Kiara pada 02 hingga 04 April 2012 yang lalu.

Hasil kursus tersebut, JUS WP telah menghasilkan beberapa Contoh Instrumen PBS Sains Tingkatan 1 (deraf tanpa pemurnian) untuk diedarkan kepada seluruh sekolah.

Sehubungan itu, kerjasama Y. Bhg. Datin/ tuan/ puan dipohon untuk melengkapkan maklumat JUS (klik sini) untuk memuat turun hasil instrumen PBS Sains.

Adalah diingatkan bahawa instrument ini masih dalam keadaan deraf dan belum dimurnikan. Sila buat penambahbaikan atau pengubahsuaian mengikut keperluan yang sesuai sebelum digunakan.

Segala kerjasama Y. Bhg. Datin/ tuan/ puan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.


Kursus Penataran Dokumen Standard Prestasi (DSP) PBS Mata Pelajaran Tingkatan 1 Untuk Jurulatih Utama (JU) Wilayah Persekutuan

dan Salam

Y. Bhg. Datin/ Tuan/ Puan yang dihormati sekelian.

Saya dengan segala hormatnya diarah menarik perhatian Y. Bhg. Datin/ tuan/ puan berhubung perkara di atas.

Sektor Penilaian dan Peperiksaan (SPP), Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan (JPNWP) dengan sukacitanya sedang mengadakan kursus untuk memberikan pendedahan DSP PBS Tingkatan 1 kepada semua wakil guru mata pelajaran Pendidikan Moral, (JU) Sekolah  Menengah Wilayah Persekutuan.

Sehubungan itu, berikut dilampirkan;

1.            Bahan Taklimat Kursus PENATARAN DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) MATA PELAJARAN TINGKATAN 1

1 KONSEP PBS

2 KONSEP STANDARD PRESTASI

3 PENTAKSIRAN PUSAT

4 PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

5.1 TAKLIMAT PAJSK 2012

5.2 BORANG REKOD KEHADIRAN B

5.3 BORANG RUMUSAN AKTIVITI SUKAN &KOKURIKULUM C

5.4 BORANG RUMUSAN AKTIVITI EKSTRAKURIKULUM D

5.5 BORANG RUMUSAN SEGAK dan BMI A

5.6 Khidmat Masyarakat

5.7 Persembahan Kebudayaan

6. PENGOPERASIAN PBS TING. 1

7. PENGURUSAN KES KHAS

8. QA PBS

2.            Jadual Pelaksanaan Kursus Penataran Dokumen Standard Prestasi (DSP) Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Mata Pelajaran Tingkatan 1 bagi Wilayah Persekutuan.

JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM PBS TINGKATAN 1

Mohon kerjasama pihak Y. Bhg. Datin/ tuan/ puan supaya dapat menyebarluaskan pelaksanaan PBS ini bagi menjayakan salah satu daripada Program Transformasi KPM.

Sekian, terima kasih.


Bahan Taklimat Kerja Kursus PBS PMR

Berikut adalah bahan-bahan taklimat kerja kursus yang dijalankan di Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) di Bukit Kiara pada 7 dan 8 Mac 2012.

Bahan Mesyuarat Kerja Kursus Geografi

  1. Carta Gantt
  2. Cover KKG Geografi
  3. Fail_PBS
  4. PBS jadual kerja PBS
  5. Pemantapan Penskoran
  6. Rekod Markah KKG 2010
  7. Selisih skor PBS Geografi PMR 2011(negeri)
  8. skor & kod_KKG
  9. surat- ibu bapa
  10. surat jawab ibu bapa
  11. surat kepada sesiapa yang berkenaan
  12. Kerja Kursus Geografi 2012

Bahan Mesyuarat Kerja Kursus Sejarah

  1. Elemen 2
  2. Elemen 3
  3. Elemen 3 Asal
  4. Elemen 3 Sejarah
  5. Elemen 1 dan 2
  6. Garis Panduan Elemen 1 & 2
  7. Kerja Kursus Sejarah 2012
  8. Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus Sejarah 2012

Tugasan PBS Pendidikan Islam

  1. Tugasan Hafazan

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Meja PBS PMR, JPNWP.


Pelaksanaan PBS Tingkatan 1

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang menjalankan satu siri Penataran Standard Prestasi PBS Tingkatan 1 bagi semua mata pelajaran bermula 13 Februari hingga 8 Mas 2012.

Maklumat lanjut sila muat turun surat siaran di bawah. Surat siaran akan dikeluarkan ke semua sekolah di Wilayah Persekutuan.

Surat siaran pelaksanaan PBS Tingkatan 1

Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit PBS PMR, En. Zulfadly bin Md Yunus.


Tempoh Penggunaan SPPBS

Makluman tentang tempoh perlaksanaan Aplikasi Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) untuk Tingkatan 1, 2012 yang sepatutnya berakhir pada 1 Februari 2012 telah dilanjutkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Surat siaran akan dikeluarkan ke sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan. Anda boleh muat turun surat tersebut di bawah:

Surat Siaran Tempoh Perlaksanaan SPPBS

Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit PBS PMR, En. Zulfadly bin Md Yunus.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 230 other followers