Category Archives: UMUM

Pertukaran Nombor Telefon Pegawai Meja PMR

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Saya selaku pegawai meja PMR ingin memaklumkan terutamanya kepada Setiausaha Peperiksaan PMR tentang pertukaran nombor telefon saya dari 017-3480102 kepada 010-2253572 berkuatkuasa 13 Jun 2012.

Segala kesulitan amatlah dikesali dan saya masih boleh dihubungi menggunakan nombor telefon yang baru untuk sebarang urusan pendaftaran calon PMR.

Sekian, terima kasih.


Pengumuman Rasmi

dan Salam

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa mulai 6 April 2012, laman sesawang sppkl.wordpress.com secara rasminya telah berpindah kepada alamat yang baru iaitu sppkl.net. Laman sesawang sppkl.wordpress.com akan ditutup sepenuhnya mulai 18 April 2012 ini. Sehubungan dengan itu, semua urusan berkaitan dengan Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan akan melalui alamat sesawang yang baru.

Sebarang pertanyaan atau pandangan boleh diajukan kepada pegawai yang mengendalikan laman sesawang ini.


Borang permohonanan Calon Berkeperluan Khas

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua SUP.

Bersama – sama dengan ini, saya sertakan pautan kepada Borang-borang permohonan untuk calon Istimewa dan Calon Berkeperluan Khas (CBK).

1.  Jadual Masa Tambahan

2. Borang Maklumat Calon Berkeperluan Khas  (LP.AM 89) – Rumusan keperluan CBK

3. Borang Calon Pekak / Bisu   (LP.AM 89A) – Calon mohon kertas MODERASI

4. Borang Calon Rabun (LP.AM 89B) – Calon mohon TULISAN BESAR

5. Borang Calon Buta (LP.AM 89C) – Calon yang menggunakkan BRAILLE

6. Borang Calon Spastik / Cacat Lain (LP.AM 89D) – Calon perlu keperluan khas lain cth: Bilik berasingan.

Sila sertakan sekali surat-surat sokongan dan laporan doktor atau kad OKU ke SPPJPNWP. Permohonan khas perlu dibuat secara berasingan. Kemudahan khas hanya akan diberi kepada pemohon yang layak sahaja. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pegawai meja peperiksaan berkenaan.


Pengurusan Fail Peperiksaan SuP

Berikutan daripada taklimat Ketua Unit, En. Mohamad Fauzi tentang instrumen pemantauan pengurusan fail peperiksaan SuP sewaktu Mesyuarat Pendaftaran Calon PMR 2012, saya menerima banyak permintaan oleh SuP untuk mendapatkan maklumat tentang item-item pemantauan tersebut.

Untuk makluman SuP, instrumen tersebut masih dalam perbincangan dan pengemaskinian. Namun begitu, saya senaraikan beberapa item penting yang perlu ada dalam pengurusan fail peperiksaan SuP.

  1. Fail surat-menyurat
  2. Fail Mesyuarat
  3. Fail Meja SUP (UPSR/PMR/SPM)
  4. Fail Jadual Peperiksaan
  5. Fail Pendaftaran Calon (UPSR/PMR/SPM/STPM)
  6. Fail Pendaftaran Calon Istimewa
  7. Fail Pendaftaran Calon (Pindah Masuk)
  8. Fail Pendaftaran Calon (Pindah Keluar)
  9. Fail Calon Hospital/Tahanan
  10. Fail Pengurusan Penangguhan/Pembatalan Peperiksaan Calon
  11. Fail Pengawasan Peperiksaan Awam (UPSR/PMR/SPM)
  12. Fail Pencalonan  Pengawas Peperiksaan Awam (UPSR/PMR/SPM/STPM)
  13. Fail Analisis Peperiksaan Awam (UPSR/PMR/SPM)
  14. Fail Analisis Peperiksaan Percubaan
  15. Fail borang-borang yang berkaitan dengan peperiksaan awam (UPSR/PMR/SPM/STPM)

Saya akan muat naik sebaik sahaja menerima instrumen yang telah siap dikemaskini.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 230 other followers