Pertukaran Nombor Telefon Pegawai Meja PMR

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Saya selaku pegawai meja PMR ingin memaklumkan terutamanya kepada Setiausaha Peperiksaan PMR tentang pertukaran nombor telefon saya dari 017-3480102 kepada 010-2253572 berkuatkuasa 13 Jun 2012.

Segala kesulitan amatlah dikesali dan saya masih boleh dihubungi menggunakan nombor telefon yang baru untuk sebarang urusan pendaftaran calon PMR.

Sekian, terima kasih.


Pengumuman Rasmi

dan Salam

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa mulai 6 April 2012, laman sesawang sppkl.wordpress.com secara rasminya telah berpindah kepada alamat yang baru iaitu sppkl.net. Laman sesawang sppkl.wordpress.com akan ditutup sepenuhnya mulai 18 April 2012 ini. Sehubungan dengan itu, semua urusan berkaitan dengan Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan akan melalui alamat sesawang yang baru.

Sebarang pertanyaan atau pandangan boleh diajukan kepada pegawai yang mengendalikan laman sesawang ini.


Maklumat Peribadi Jurulatih Utama Matapelajaran Sains Dan Muat Turun Instrumen PBS Sains Tingkatan 1 Wilayah Persekutuan

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia

Y. Bhg. Datin/ Tuan/ Puan,

Saya dengan segala hormatnya mempelawa Y. Bhg. Datin/ tuan/ puan berhubung perkara di atas.

Pelaksanaan Kursus Penataran DSP PBS Tingkatan 1 bagi Mata Pelajaran Sains Tahun 2012 kepada semua Jurulatih Utama Sekolah (JUS) Wilayah Persekutuan telah pun berjaya dilaksanakan di Auditorium Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Bukit Kiara pada 02 hingga 04 April 2012 yang lalu.

Hasil kursus tersebut, JUS WP telah menghasilkan beberapa Contoh Instrumen PBS Sains Tingkatan 1 (deraf tanpa pemurnian) untuk diedarkan kepada seluruh sekolah.

Sehubungan itu, kerjasama Y. Bhg. Datin/ tuan/ puan dipohon untuk melengkapkan maklumat JUS (klik sini) untuk memuat turun hasil instrumen PBS Sains.

Adalah diingatkan bahawa instrument ini masih dalam keadaan deraf dan belum dimurnikan. Sila buat penambahbaikan atau pengubahsuaian mengikut keperluan yang sesuai sebelum digunakan.

Segala kerjasama Y. Bhg. Datin/ tuan/ puan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.


Pendaftaran SPM 2012 bagi calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Swasta WP Kuala Lumpur

dan Salam

Y. Bhg. Datin/ Tuan/ Puan yang dihormati sekelian.

Saya dengan segala hormatnya diarah menarik perhatian Y. Bhg. Datin/ tuan/ puan berhubung perkara di atas.

Proses penghantaran data calon kini sedang giat dijalankan. Sehubungan dengan itu, sekiranya ada sebarang rayuan pembetulan Nama Calon, No Kad Pengenalan atau pun penyusunan semula angka giliran, sila hubungi saya (Pegawai Meja SPM) dengan kadar segera sebelum 6 April 2012.

Kerjasama dan tindakkan segera Y. Bhg. Datin/ tuan/ puan amat saya hargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Sekian.


Kursus Penataran Dokumen Standard Prestasi (DSP) PBS Mata Pelajaran Tingkatan 1 Untuk Jurulatih Utama (JU) Wilayah Persekutuan

dan Salam

Y. Bhg. Datin/ Tuan/ Puan yang dihormati sekelian.

Saya dengan segala hormatnya diarah menarik perhatian Y. Bhg. Datin/ tuan/ puan berhubung perkara di atas.

Sektor Penilaian dan Peperiksaan (SPP), Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan (JPNWP) dengan sukacitanya sedang mengadakan kursus untuk memberikan pendedahan DSP PBS Tingkatan 1 kepada semua wakil guru mata pelajaran Pendidikan Moral, (JU) Sekolah  Menengah Wilayah Persekutuan.

Sehubungan itu, berikut dilampirkan;

1.            Bahan Taklimat Kursus PENATARAN DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) MATA PELAJARAN TINGKATAN 1

1 KONSEP PBS

2 KONSEP STANDARD PRESTASI

3 PENTAKSIRAN PUSAT

4 PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

5.1 TAKLIMAT PAJSK 2012

5.2 BORANG REKOD KEHADIRAN B

5.3 BORANG RUMUSAN AKTIVITI SUKAN &KOKURIKULUM C

5.4 BORANG RUMUSAN AKTIVITI EKSTRAKURIKULUM D

5.5 BORANG RUMUSAN SEGAK dan BMI A

5.6 Khidmat Masyarakat

5.7 Persembahan Kebudayaan

6. PENGOPERASIAN PBS TING. 1

7. PENGURUSAN KES KHAS

8. QA PBS

2.            Jadual Pelaksanaan Kursus Penataran Dokumen Standard Prestasi (DSP) Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Mata Pelajaran Tingkatan 1 bagi Wilayah Persekutuan.

JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM PBS TINGKATAN 1

Mohon kerjasama pihak Y. Bhg. Datin/ tuan/ puan supaya dapat menyebarluaskan pelaksanaan PBS ini bagi menjayakan salah satu daripada Program Transformasi KPM.

Sekian, terima kasih.