Mesyuarat Pendaftaran Calon PMR 2012

Mesyuarat akan dijalankan untuk Setiausaha Peperiksaan (SUP) PMR bagi  pendaftaran calon peperiksaan PMR yang akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh:   27 – 29 Februari 2012
Hari:        Isnin – Rabu
Masa:      12.30 tengah hari mendaftar di pintu utama JPNWP
Tempat :
Ancasa Allsuites Resort & SPA
Batu 8 1/2, Jalan Pantai Teluk Kemang,
71050 Port Dickson,
Negeri Sembilan.

Koordinat GPS :
N 02° 26.889’
E 101° 51.452’

Bas disediakan oleh pihak SPP. Oleh yang demikian, tuan/puan diminta untuk menaiki bas. Bas yang terakhir akan bertolak jam 1.00 petang. Walau bagaimanapun, kemudahan ini tidak disediakan untuk sekolah swasta.

Surat panggilan mesyuarat akan dikeluarkan oleh SPP. Sekiranya, tuan/puan bercadang untuk memandu sendiri, sila maklumkan kami dengan mengisi maklumat di sini. Hal ini penting untuk kami membuat persediaan.

Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta untuk membawa keperluan mesyuarat seperti berikut:

  1. Borang pendaftaran calon (LP/PMR 1) yang telah lengkap diisi
  2. Buku Panduan Pengurusan Peperiksaan
  3. Komputer Riba (Windows Operating System)
  4. Windows XP/ Windows 7 (amat disyorkan)
  5. Perkakasan mempunyai CD ROM dan Floppy Drive serta Disket

Saya akan membawa kenderaan sendiri.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi unit PMR, JPNWP

About Zulkifli Alang Mahat


Comments are disabled.