Pendaftaran SPM 2012 bagi calon sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dimaklumkan bahawa pendaftaran SPM 2012 bagi calon sekolah secara atas talian (online) telah pun dibuka bermula 1 Mac sehingga 31 Mac 2012. Sila klik di sini bagi pautan Sistem Pendaftaran Atas Talian Lembaga Peperiksaan (SPAT)

Sehubungan dengan itu semua SUP SPM sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, adalah dipohon untuk mendaftarkan pelajar sekolah masing-masing dengan kadar segera.

Adalah dinasihatkan supaya SUP tidak menunggu sehingga saat akhir untuk mendaftar, bagi menggelakkan kesesakkan talian. Sebarang masalah berkaitan pendaftaran atas talian seperti terlupa kata laluan, sila hubungi Pegawai Meja SPM dengan kadar segera.

Satu mesyuarat Setiausaha Peperiksaan SPM peringkat Wilayah Persekutuan akan dijalankan pada penghujung bulan MAC. Surat panggillan mesyuarat akan dikeluarkan sedikit masa lagi.
Sekian, untuk makluman hebahan semua Setiausaha Peperiksaan


Comments are disabled.