Maklumat Peribadi Jurulatih Utama Matapelajaran Sains Dan Muat Turun Instrumen PBS Sains Tingkatan 1 Wilayah Persekutuan

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia

Y. Bhg. Datin/ Tuan/ Puan,

Saya dengan segala hormatnya mempelawa Y. Bhg. Datin/ tuan/ puan berhubung perkara di atas.

Pelaksanaan Kursus Penataran DSP PBS Tingkatan 1 bagi Mata Pelajaran Sains Tahun 2012 kepada semua Jurulatih Utama Sekolah (JUS) Wilayah Persekutuan telah pun berjaya dilaksanakan di Auditorium Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Bukit Kiara pada 02 hingga 04 April 2012 yang lalu.

Hasil kursus tersebut, JUS WP telah menghasilkan beberapa Contoh Instrumen PBS Sains Tingkatan 1 (deraf tanpa pemurnian) untuk diedarkan kepada seluruh sekolah.

Sehubungan itu, kerjasama Y. Bhg. Datin/ tuan/ puan dipohon untuk melengkapkan maklumat JUS (klik sini) untuk memuat turun hasil instrumen PBS Sains.

Adalah diingatkan bahawa instrument ini masih dalam keadaan deraf dan belum dimurnikan. Sila buat penambahbaikan atau pengubahsuaian mengikut keperluan yang sesuai sebelum digunakan.

Segala kerjasama Y. Bhg. Datin/ tuan/ puan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.


Comments are disabled.