FAQ

PENDAFTARAN

UNIT UPSR, PMR DAN SPM

  • Bilakah tarikh pendaftaran peperiksaan ulangan dan persendirian bagi menduduki peperiksaan SPM 2012?
  • Jawapan : Tarikh pendaftaran peperiksaan SPM ulangan dan SPM bagi calon persendirian adalah bermula dari 1 Mac sehingga 31 Mac untuk setiap tahun.
  • Apakah maksud peperiksaan SPM ulangan dan adakah calon boleh mendaftar semua mata pelajaran?
  • Jawapan : Peperiksaan SPM ulangan ialah peperiksaan untuk calon-calon persendirian yang pernah mengambil SPM dan ingin memperbaiki keputusan bagi mata pelajaran tertentu. Hanya dua (2) mata pelajaran sahaja yang ditawarkan dalam SPM ulangan iaitu Bahasa Melayu dan Matematik sahaja. Calon boleh mendaftar mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja atau Matematik sahaja atau kedua-duanya. Peperiksaan ini lazimnya dijalankan pada bulan Jun.
  • Apakah yang perlu dibawa bagi melengkapkan proses semasa pendaftaran?
  • Jawapan : Perkara-perkara yang perlu dibawa adalah seperti berikut :
    1: Satu salinan My Kad
    2. Sijil SPM atau PMR terkini
    3. Bayaran mengikut subjek
    4. (2) Sampul Surat Pos Express bersaiz separuh A4 dan beralamat sendiri.
    5. (3) Sampul Surat Bersaiz A4 bersetem (RM1.50) dan beralamat sendiri
  • Adakah calon persendirian boleh memilih pusat peperiksaan yang berdekatan dengan kawasan penempatan mereka?
  • Jawapan : Calon dibenarkan untuk memilih pusat peperiksaan yang berhampiran dengan kawasan kediaman bergantung kepada kekosongan. Sekiranya pusat yang dipilih telah penuh, SPP akan menentukan pusat peperiksaan bagi calon tersebut.
  • Sekiranya seseorang pelanggan tidak pernah mengambil peperiksaan PMR disebabkan berhenti bersekolah, mengalami masalah kesihatan atau bertukar ke sekolah pondok, adakah pelanggan boleh mendaftar untuk mengambil peperiksaan tersebut?
  • Jawapan : Perkara ini perlulah merujuk kepada syarat-syarat pendaftaran calon.
    a)    Pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE, atau
    b)    Telah menduduki PMR sekurang-kurangnya satu (1) tahun sebelum mendaftar untuk menduduki Peperiksaan SPM, atau

    c)    Telah mencapai umur 17 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM.
    d)    Calon yang pertama kali menduduki peperiksaan SPM dan ingin mendaftar untuk mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja hendaklah mendapat kebenaran khas bertulis daripada Pengarah Lembaga Peperiksaan.
  • Sekiranya pelanggan tidak pernah menduduki peperiksaan SPM dan mereka sudah lanjut usia, adakah mereka boleh memohon mengambil peperiksaan SPM?
  • Jawapan : Layak untuk memohon mengambil peperiksaan SPM.
  • Jika seseorang pelanggan/calon yang telah mendaftar bagi mengambil peperiksaan di sekolah sekitar Wilayah Persekutuan dan mereka telah membuat penukaran pusat peperiksaan luar dari kawasan Wilayah Persekutuan, adakah sijil keputusan mereka diperoleh di JPNWP atau di pusat lain?
  • Jawapan : Sekiranya pertukaran tersebut berlaku sebelum 15 Mei setiap tahun, sijil keputusan perlulah diambil di SPP negeri yang didaftarkan. Untuk pertukaran selepas 15 Mei setiap tahun, sijil keputusan bolehlah dituntut di SPP JPNWP setahun selepas keputusan diumumkan.
  • Bagaimanakah untuk mendaftar PMR sebagai calon persendirian dan syarat-syaratnya?
  • Jawapan : Tarikh pendaftaran peperiksaan PMR bagi calon persendirian adalah bermula dari 1 Jan sehingga 28 Feb untuk setiap tahun.
  • Bagaimanakah cara untuk mendaftar calon berkeperluan khas?
  • Jawapan : Pendaftaran adalah seperti calon biasa. Walau bagaimanapun calon yang berkeperluan khas ini perlulah mengemukakan salinan kad OKU atau surat pengesahan dari doktor atau pakar perubatan untuk mendapat keperluan khas seperti tambah masa atau soalan cetakan besar. 

SIJIL

  • Sekiranya sijil UPSR, SRP/PMR dan SPM dan sebagainya mengalami kehilangan atau rosak, apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh pelanggan/calon bagi mendapatkan semula sijil tersebut?
  • Jawapan : Bagi UPSR, tiada sijil yang dikeluarkan oleh pihak lembaga, manakala bagi slip PMR dan sijil SPM yang rosak atau hilang boleh merujuk terus kepada Lembaga Peperiksaan Bahagian Sijil di Putrajaya.
  • Jika seseorang pelanggan/calon mengambil peperiksaan di Selangor atau negeri-negeri lain, adakah mereka layak mengambil sijil keputusan di JPNWP?
  • Jawapan :       Tidak. Calon perlulah mendapatkan sijil keputusan di SPP negeri seperti yang tercatat semasa pendaftaran.
  • Seorang pelanggan/calon telah pergi ke Lembaga Peperiksaan di Putrajaya bagi mendapatkan sijil tetapi pihak di sana meminta pelanggan memperoleh sijil keputusan mereka di JPNWP. Adakah pelanggan boleh memiliki sijil mereka di JPNWP?
  • Jawapan : Ya, sekiranya benar sijil tersebut telah berada di SPP JPNWP.
  • Berapakah jumlah bayaran yang akan dikenakan jika ingin mencetak semula sijil yang hilang?
  • Jawapan : RM 10.00 bagi setiap salinan penyataan sijil.
  • Berapakah lama masa yang akan di ambil untuk mendapat catakan baru bagi sijil yang hilang?
  • Jawapan : Bergantung kepada bahagian sijil Lembaga Peperiksaan di Putrajaya.
  • Apakah dokumen yang perlu dibawa jika ingin mendapatkan semula cetakan baru bagi sijil yang hilang?
  • Jawapan : Salinan My Kad dan Bayaran.
  • Adakah cetakan baru bagi sijil yang hilang berbentuk sijil asal atau hanya penyata?
  • Jawapan : Tiada sijil baru akan dikeluarkan oleh Pihak Lembaga Peperiksaan. Hanya penyata keputusan yang akan tertera bagi salinan sijil yang hilang.
  • Adakah sijil hilang bagi peperiksaan UPSR juga perlu ke LP?
  • Jawapan : Tidak perlu. Calon perlu merujuk kepada pihak sekolah.
  • Di manakah calon ingin mendapatkan slip pendua peperiksaan UPSR,PMR dan SPM?
  • Jawapan : Salinan kedua slip keputusan peperiksaan UPSR,PMR dan SPM boleh didapati di sekolah yang mendaftarkan calon. Bagi calon persendirian boleh mendapatkannya di SPP JPN negeri yang mendaftarkan calon.
  • Seorang pelanggan/calon tidak lulus sijil (TLS), adakah mereka layak mengambil keputusan mereka?
  • Jawapan : Layak mengambil keputusan, walau bagaimanapun tiada sijil yang akan dikeluarkan.
  • Bagaimanakah cara untuk calon memperbaiki kesilapan ejaan nama (contoh) di slip/sijil mereka?
  • Jawapan : Calon perlu mengisi borang pembetulan maklumat calon berserta dengan bayaran sebanyak RM30.00 untuk setiap pembentulan dan dihantar kepada SPP JPN yang mendaftarkan untuk dipanjangkan ke Lembaga Peperiksaan.
  • Bagaimanakah jika calon persendirian yang ingin mengambil sijil selepas 10 tahun dari tarikh peperiksaan?
  • Jawapan : Bagi Slip PMR dan Sijil SPM yang tidak dituntut selepas 3 tahun, sijil tersebut akan dipulangkan kepada Lembaga Peperiksaan Putrajaya. Calon bolehlah merujuk terus kepada Lembaga Peperiksaan Bahagian Sijil di Putrajaya.

PENGURUSAN DAN MAKLUMAT LANJUTAN

  • Berapakah jumlah minima mata pelajaran yang perlu diambil bagi seseorang pelanggan/calon bagi menduduki peperiksaan SPM persendirian jika mereka belum pernah mengambil peperiksaan SPM? berapakah bayarannya?
  • Jawapan : Bilangan mata pelajaran minima bagi calon pertama kali adalah 6 subjek. Dan bayaran adalah sebanyak RM 96.00 dikenakan bagi calon beragama Islam dan RM 97.50 bagi calon bukan beragama Islam.
  • Adakah orang bukan warganegara Malaysia layak untuk mengambil SPM?
  • Jawapan : Ya, layak untuk mengambil SPM.
  • Apakah yang akan diterima oleh calon selepas mendaftar untuk menduduki peperiksaan?
  • Jawapan :
    1. Resit bayaran.
    2. Satu Salinan Akuan terimaan Borang.
  • Bilakah calon persendirian akan menerima jadual waktu peperiksaan?
  • Jawapan : Jadual waktu akan dibekalkan sebaik sahaja diperolehi dari pihak Lembaga Peperiksaan secara pos. Walau bagaimanapun jadual waktu tersebut boleh dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan.
  • Bagaimanakah calon persendirian boleh memohon untuk semak semula keputusan?
  • Jawapan : Semak semula keputusan boleh dilakukan dengan mengisi borang semak semula yang boleh di muat turun dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan.
  • Bagaimanakah calon persendirian boleh memohon untuk pertukaran pusat peperiksaan?
  • Jawapan : Calon boleh memohon untuk pertukaran pusat dengan mengisi borang pindah pusat dan dihantar sendiri ke SPP JPN berserta dengan dokumen sokongan.
  • Bolehkah calon menukar mata pelajaran selepas mendaftar?
  • Jawapan : Boleh dengan bayaran sebanyak RM 30.00 bagi setiap mata pelajaran yang ditambah dan RM 30.00 bagi mata pelajaran yang digugurkan.
  • Bagaimanakah cara untuk mendaftar calon berkeperluan khas?
  • Jawapan : Pendaftaran adalah seperti calon biasa. Walaubagaimana pun calon yang berkeperluan khas ini perlulah mengemukakan salinan kad OKU atau surat pengesahan dari doktor atau pakar perubatan untuk mendapat keperluan khas seperti tambah masa atau soalan cetakan besar.
  • Bilakah keputusan SPM(U) diumumkan?
  • Jawapan : Dalam masa satu tahun daripada tarikh peperiksaan. Bergantung kepada pihak Lembaga Peperiksaan.
  • Bagaimanakah calon persendirian mendapat keputusan peperiksaan mereka?
  • Jawapan : Keputusan calon persendirian akan dipos menggunakan sampul surat Pos Express yang beralamat sendiri.